S1 Seat Bakal Menyelesaikan Masalah Ketidakselesaan Penumpang Pesawat Kelas Ekonomi Comments Off on S1 Seat Bakal Menyelesaikan Masalah Ketidakselesaan Penumpang Pesawat Kelas Ekonomi 248

Sepanjang penerbangan, kita akan menghabiskan masa hampir 90 peratus hanya berada di tempat duduk pesawat. Manakala selebihnya pula kita akan ‘melawat’ tandas untuk tujuan membuang air ataupun ingin meregang badan kerana duduk terlalu lama.

Perkara yang tidak dapat kita elakkan ialah ialah berasa tidak selesa apabila berada di tempat duduk, lebih-lebih lagi berada di kelas ekonomi. Ini kerana susunan tempat duduk di kelas ekonomi lebih sempit dan padat berbanding kelas perniagaan atau kelas pertama.

Walau bagaimanapun masalah ini mungkin dapat diatasi tidak lama lagi apabila Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah meluluskan rekaan tempat duduk baharu.

Tempat duduk ini berbeza dengan tempat duduk biasa yang mana barisan tempat duduk baharu ini kini tidak selari memandangkan tempat duduk tengah telah dialihkan 3-inci ke belakang daripada tempat duduk kiri dan kanan.

Turut menempatkan port USB untuk penumpang di belakang.

Ketinggian tempat duduk tengah juga direndahkan sebanyak 2-inci sekaligus menjadikan saiznya dapat dilebarkan kepada 23-inci berbanding 18-inci sebelum ini.

Bahan binaan yang digunakan pula adalah berasaskan aluminium dengan berat kurang daripada 9 kilogram menjadikan ia sangat diperlukan oleh syarikat penerbangan untuk pesawat akan datang.

Gambar: WIRED

Tempat duduk yang dinamakan S1 ini telah direka oleh Hank Scott yang merupakan pengasas kepada Molon Labe, syarikat pengeluar tempat duduk berpengkalan di Amerika Syarikat.

Buat masa, Molon Labe telah membekalkan S1 kepada syarikat penerbangan tempatan untuk dipasangkan di 50 buah pesawat. Mereka berharap tempat duduk ini akan digunakan di pesawat Boeing dan Airbus pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend