S-Pen Dengan Kamera Terbina Mungkin Hadir Pada Samsung Galaxy Note 10 Comments Off on S-Pen Dengan Kamera Terbina Mungkin Hadir Pada Samsung Galaxy Note 10 327

Tahun lalu Galaxy Note 9 telah dilancarkan, pada kami ciri yang paling menarik pada peranti adalah kebolehan mengambil gambar dari jauh menggunakan S-Pen. Walaubagaimanapun, hari ini khabar yang lebih mengejutkan telah hadir. Samsung dilaporkan telah menerima kelulusan paten daripada Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat untuk S-Pen tahun ini.

Paten S-Pen tahun ini memperlihatkan fungsi baharu iaitu kamera terbina pada hujung pen bersama butang kawalan. Lukisan teknikal juga menjelaskan komponen yang ada pada S-Pen mengandungi modul kamera. Menariknya ia turut menawarkan lensa optikal untuk fungsi zoom. Ini sekaligus menggantikan butang kunci pada hujung pen pada masa sama merubah rekaan ikonik S-Pen.

Untuk makluman, paten ini telah difailkan oleh Samsung pada bulan Februari 2017, tetapi baru hari ini ia didedahkan kepada umum.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend