Rusia Dakwa Sudah Berjaya Dalam Ujian Runet – Alternatif Kepada Internet Comments Off on Rusia Dakwa Sudah Berjaya Dalam Ujian Runet – Alternatif Kepada Internet

Sejak beberapa bulan ini Rusia telah mempertingkatkan teknologi dan infrastruktur di beberapa buah negeri. Kerajaan Rusia juga bercadang mahu memperkenalkan rangkaian komputer mereka tersendiri melalui undang-undang yang dipanggil ‘internet berdaulat’.

Namun begitu, keputusan ini telah mendapat tentangan daripada beberapa pihak termasuklah rakyat Rusia sendiri.

Dalam laporan terbaru, Rusia mendakwa bahawa mereka telah berjaya dalam ujian Runet – rangkaian komputer seakan internet yang mampu dikawal oleh kerajaan sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Runet (belum nama rasmi) juga dikatakan mampu disekat oleh pentadbir mengikut apa yang dimahukan. Dalam hal ini kami maksudkan ialah kerajaan Rusia mampu meletakkan apa sahaja kandungan yang diingini untuk tontonan rakyat termasuklah propaganda.

Demonstrasi rakyat Rusia berkenaan Runet (Gambar: Alexander Zemlianichenko)

Runet akan menerima ISP dan syarikat telco untuk mengkonfigurasi internet mengikut sempadan yang ditetapkan sama seperti intranet (jaringan rangkaian tertutup) yang digunakan dalam sesuatu organisasi.

Berbeza dengan rakyat negara seperti di China, Iran, dan Saudi Arabia yang hanya mendapat akses terhad untuk mengakses dan berkomunikasi melalui internet, rakyat Rusia selepas ini mungkin berhadapan dengan sekatan yang lebih teruk. Pengguna telefon pintar dan komputer di sana mungkin tidak dapat menggunakan VPN selepas ini untuk mendapat akses alternatif. Mungkin boleh tetapi sukar.

Walaubagaimanapun masih belum pasti lagi adakah ujian ini akan diteruskan memandangkan Rusia kini semakin hampir untuk mencapai cita-cita mereka mewujudkan tembok kukuh dalam arena digital yang kini sedang diusahakan China.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend