Rupa-rupanya BMW Menggunakan Pek Bateri Berbilang Modul Pada Kereta ‘Plug-in Hybrid’ Mereka Comments Off on Rupa-rupanya BMW Menggunakan Pek Bateri Berbilang Modul Pada Kereta ‘Plug-in Hybrid’ Mereka

Kereta ‘hijau’ atau kereta hibrid yang menyatupadukan tenaga petrol dan elektrik kini semakin banyak dikeluarkan malah di Malaysia juga BMW sedia menawarkan model seumpamanya antaranya seperti 530e M Sport, 530e Sport, 740Le, dan i3s.

Namun begitu antara isu yang membelenggu pemilikan kereta elektrik adalah daripada segi pembaikan dan penggantian sel bateri. Tetapi tahukah model-model terbaru daripada BMW kini menggunakan teknologi pek bateri yang canggih serta mudah diselenggara. Pek bateri dengan modul berbilang (bergantung pada model) kini digunakan yang mana komponen ini dihubungkan secara terperinci tetapi mudah untuk digantikan sekiranya rosak.

Pek bateri voltan tinggi dalam BMW 530e M Sport misalnya, terdiri daripada enam modul sel bateri. Jika salah daripadanya mengalami masalah, pemilik tidak perlu menggantikan keseluruhan pek bateri. Sebaliknya, pemilik hanya perlu menukar satu modul sel sahaja yang akan menelan kos sekitar RM 5,000. Walaubagaimanapun penyenggaraan sel bateri tersebut tidak perlu ditanggung oleh pemilik kerana BMW Group Malaysia kini menawarkan liputan waranti komprehensif yang terhad sepanjang 6 tahun / 100,000km (mana terdahulu), sekaligus memudahkan lagi pemilikan para pengguna.

Bateri berasaskan ion litium

Untuk pengetahuan anda, pek bateri voltan tinggi yang terkandung dalam casis BMW 530e M Sport mampu menawarkan output maksimum berjumlah 83kW – tertinggi dalam segmennya yang membolehkan kelajuan tertinggi mencecah 120km/j dicapai dalam mod pemanduan elektrik sepenuhnya. Selain itu, bateri ini juga boleh dicas semula dengan pantas (menggunakan BMW i AC Fast Charging Cable) yang mengambil masa tidak lebih dari tiga jam untuk pemacu jentera BMW 530e M Sport dengan BMW i Wallbox menghasilkan capaian elektrik sepenuhnya sejauh 40 kilometer.

Hari ini, BMW Group menegakkan legasi perintisan dalam industri kenderaan elektrik serta membawakan solusi lestari berjangka panjang demi kemudahan mobiliti. Natijahnya, kelestarian dan tanggungjawab merupakan dua komponen utama untuk menjamin masa hadapan yang cerah, dan waktu untuk merealisasikan visi ini telahpun tiba.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend