Rupa Huawei Mate 20 Lebih Jelas Dengan Gambar Terbaru Comments Off on Rupa Huawei Mate 20 Lebih Jelas Dengan Gambar Terbaru

Kita makin hampir dengan tarikh pelancaran siri Huawei Mate 20. Selepas beberapa gambar yang tertiris di arena web, terbaru timbul lagi gambar yang lebih jelas. Semakin kuat mengatakan Huawei Mate 20 Pro hadir dengan sistem tri-kamera utama dan paparan hampir penuh.

Melalui gambar, kita boleh melihat pasukan Huawei telah meletakkan skrin bertakuk kecil dengan ruang bezel yang lebih nipis. Menurut laman WinFuture, Huawei Mate 20 dilengkapi skrin 6.53-inci FHD+ TFT LCD beresolusi 2244 x 1080 piksel. Takuk berkonsepkan titisan air ini juga tampil dengan sensor kamera depan yang menyokong sistem nyahkunci pengecaman wajah berbanding sensor laser pada model terdahulu.

Pada panel belakang, Huawei Mate 20 dilengkapi tiga kamera bersama LED flash. Ketiga-tiga sensor kini dilonggokkan di tengah dan tidak menegak seperti sebelum ini. Berbeza dengan Mate 20 Pro yang menyokong imbasan cap jari pada skrin, Mate 20 diberikan sensor biometrik di sebelah bawah modul kamera.

Siri Huawei Mate 20 sah akan dikuasakan Kirin 980, sementara kapasiti memori kemungkinan hadir dengan pilihan 4GB hingga 8GB dan storan mencecah 512GB. Peranti ini mungkin dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo terus dari kotak disamping kuasa bateri sebesar 4,000mAh.

Sementara menunggu kehadiran peranti terbaru ini tiba ke pasaran Malaysia, orang ramai boleh mendapatkan Huawei P20 Pro Pearl White pada harga RM2,949 untuk mendapatkan hadiah percuma sehingga RM1,136.

Beli Huawei P20 Pro Pearl White di Huawei Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend