RON95 Dan RON97 Sekali Lagi Catat Kenaikan Sebanyak 2 Sen, Diesel Kekal Comments Off on RON95 Dan RON97 Sekali Lagi Catat Kenaikan Sebanyak 2 Sen, Diesel Kekal

Sama seperti minggu lepas, harga minyak RON95 dan RON97 kini sekali naik sebanyak 2 sen untuk tempoh dua minggu berturut-turut selepas harga rasmi petrol untuk tempoh 22 hingga 28 Februari 2020 diumumkan hari ini.

Bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini (22 Februari 2020), harga RON95 adalah RM2.08 seliter dan RON97 pula dijual pada harga RM2.38 seliter. Manakala harga jualan Diesel untuk minggu ini kekal RM2.14 seliter.

Sebagai rujukan harga baharu yang diumumkan akan berkuat kuasa selama seminggu bermula jam 12.01 tengah malam, Sabtu 22 Februari 2020 hingga 28 Februari 2020, jam 11.59 malam.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend