ROG Phone II Strix Edition Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2499 Comments Off on ROG Phone II Strix Edition Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2499

ASUS Malaysia melalui penawaran terbaru hari ini telah memperkenalkan ROG Phone II Strix Edition untuk pasaran tempatan. Menariknya kali ini ia memiliki tanda harga yang lebih mampu milik.

Apa yang membezakan Strix Edition dengan model sedia ada ialah daripada segi memori dalamannya. Peranti ini dilengkapi 8GB RAM dan 128GB storan sementara cip pemproses dikekalkan dengan Snapdragon 855+.

ROG Phone II Strix Edition hadir dengan paparan 6.59-inci AMOLED yang dilindungi Corning Gorilla Glass 6. Ia dibungkus bersama bateri sebesar 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W serta dua unit pembesar suara utama DTS:X Ultra.

Baca: [Ulasan] ASUS ROG Phone II, Miliki Semua Benda Yang Pemain Mahu

Pada jabatan kamera, telefon ini mengenakan dwiikamera belakang menerusi sensor 48MP Sony IMX586 dan 13MP ultralebar.

ROG Phone II Strix Edition didatangkan dengan aksesori AeroActicve Cooler II dan AeroCase (bernilai RM398) terus dari kotak sekaligus melengkapkan pakej pembeliannya.

Jika anda bercadang untuk memiliki peranti permainan ini, anda kini boleh mendapatkannya di wakil penjual sah seluruh Malaysia pada harga RM2499.

Baca juga:

ASUS ROG Phone II Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend