ROG Phone II Mula Terima Kemas Kini Stabil Android 10 Comments Off on ROG Phone II Mula Terima Kemas Kini Stabil Android 10

Kemas kini yang membawa sistem operasi Android 10 kini dilepaskan kepada para pengguna ASUS ROG Phone II secara global. Pengumuman ini telah dibuat oleh pihak ROG Global menerusi laman Twitter mereka semalam.

Android 10 menawarkan sejumlah ciri menarik yang dapat meningkatkan prestasi peranti ke tahap paling optimum. Di Malaysia, pengguna kini boleh menyemaknya di peranti masing-masing bermula hari ini. Jika tiada, ia mungkin mengambil masa sehari-dua ini untuk muncul pada skrin peranti anda.

ASUS ROG Phone II telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober tahun lalu sebagai telefon spesifikasi tinggi yang memfokuskan kepada permainan mudah alih.

Terdahulu, versi beta telah dilepaskan kepada segelintir pengguna. Namun, difahamkan versi beta mengalami beberapa isu pepijat antaranya seperti panggilan tidak diterima semasa berada dalam mod permainan selain antaramuka kerap kali terpadam apabila melancarkan beberapa tetapan.

Dengan perisian stabil ini, diharapkan isu yang dihadapi pengguna beta telah diselesaikan.

Baca juga: ROG Phone II Strix Edition Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend