ROG Kunai GamePad Kini Turut Diberikan Secara Percuma Dengan Pembelian ROG Phone II Versi 1TB Comments Off on ROG Kunai GamePad Kini Turut Diberikan Secara Percuma Dengan Pembelian ROG Phone II Versi 1TB

ASUS Malaysia sebelum ini telahpun mengumumkan ketersediaan jualan ROG Phone II varian 12GB + 1TB untuk pasaran tempatan bermula awal Disember 2019 yang lalu. Ditawarkan pada harga RM4,499, pembeli akan turut menerima pakej aksesori percuma bernilai RM398 iaitu AeroActive Cooler II dan juga AeroCase.

Menariknya dalam diam-diam ASUS Malaysia kini telahpun menawarkan belian lebih berbaloi untuk model tertinggi ROG Phone II itu dengan menawarkan aksesori tambahan iaitu ROG Kunai GamePad bernilai RM499 (selagi stok masih ada). Ini bermakna pembeli akan menerima hadiah percuma keseluruhan bernilai RM897 (termasuk AeroActive Cooler II dan AeroCase).

Sebelum ini ASUS Malaysia turut mengumumkan kehadiran ROG Phone II Strix Edition yang ditawarkan pada harga RM2,499 untuk pasaran tempatan dan sudahpun mula dijual secara rasmi bermula semalam.

  • Beli ROG Phone II (12GB + 1TB) berharga RM4,499 untuk memiliki ROG Kunai GamePad secara percuma di Shopee

Baca juga:

ROG Phone II Strix Edition Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2499

ASUS ROG Phone 2 Versi 12GB/1TB Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend