Richard Yu Mengesahkan Berita Mengenai Pembangunan Sistem Operasi Milik Huawei Sebagai Pelan B 0 193

Berita mengenai pembangunan sistem operasi milik Huawei bukanlah sesuatu yang baru kerana ia merupakan projek jangka masa panjang sebagai persiapan alternatif untuk menggantikan sistem operasi Android. Bahkan laporan berhubung perkara ini telahpun disahkan Naib Presiden Produk Mudah Alih Huawei turut mengiyakan khabar angin ini sejak tahun lepas lagi.

Hari ini Richard Yu selaku CEO Huawei sendiri telah mengesahkan kesahihan berita tersebut dan mendedahkan bahawa ia merupakan pelan B yang akan diambil sekiranya pihak AS menyekat penggunaan Android untuk peranti Huawei pada masa akan datang. Bahkan menurut sumber, pembangunan sistem operasi ini telah dimulakan sejak tahun 2012 yang lalu iaitu selepas AS menyiasat Huawei dan ZTE Corp.

Antaramuka EMUI 9 yang diperkenalkan oleh Huawei berasaskan daripada Android 9.0 Pie.

Melalui perkongsian daripada jurucakap Huawei, pihaknya tidak bercadang untuk menggunakan sistem operasi yang dibangunkannya itu dan akan terus menggunakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Google itu.Bahkan sejujurnya Huawei sendiri mengakui mereka sebolehnya cuba mengelak untuk menggunakan sistem operasi tersebut. Tambahan pula pengguna peranti Huawei dilihat sangat menggemari sistem operasi tersebut.

sumber

Baca juga:

Huawei Sahkan Pembangunan Sistem Operasi Miliknya Sebagai Alternatif Kepada Android

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend