RFIDTag Akan Menggantikan SmartTag Bermula September 2018 Comments Off on RFIDTag Akan Menggantikan SmartTag Bermula September 2018

Touch ‘n Go telah memperkenalkan sistem RFIDTag di beberapa plaza tol di ibu negara sejak tahun lepas lagi. Pada masa itu kami yang sering menggunakan lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur berhasrat untuk mendapatkan RFIDTag tetapi permohonan telah ditolak kerana dimaklumkan ia hanya boleh digunakan oleh kenderaan kerajaan sahaja.

Hari ini Touch ‘n Go mengumumkan perkhidmatan pembayaran tol RFIDTag akan diperluaskan kepada semua pengguna lebuhraya (kecuali motosikal) bermula bulan hadapan bertujuan untuk menggantikan SmartTag yang kini dilihat sudah lapuk. Sistem RFIDTag dikatakan lebih pantas kerana ia menggunakan gelombang radio berbanding Inframerah pada SmartTag.

Kredit Gambar: sinchew

Sekeping kad dinamakan RFIDTag akan ditampal di cermin kereta untuk membolehkan terminal mengesan sewaktu kenderaan melalui plaza tol dan pelekat ini hanya boleh dipasang oleh individu bertauliah sahaja. Nilai RFIDTag terkandung di dalam akaun e-dompet Tounch ‘n Go yang boleh disemak di telefon pintar.

Bermula 3 September 2018, pihak Tounch ‘n Go akan memulakan pengagihan kad RFIDTag kepada pengguna yang berdaftar. Melihat kepada perkara ini, Touch ‘n Go mengumumkan mereka akan menghentikan sistem SmartTag berikutan pembaca SmartTag tidak lagi akan dijual.

Daftar RFIDTag: Laman rasmi Touch ‘n Go

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend