RFID Percuma Sedang Diedarkan Sepanjang April Ini – Dapatkannya Di 9 Lokasi Sekitar Selangor Dan KL Comments Off on RFID Percuma Sedang Diedarkan Sepanjang April Ini – Dapatkannya Di 9 Lokasi Sekitar Selangor Dan KL 362

Touch n’ Go kini sedang mengedarkan pelekat RFID kepada orang ramai sepanjang bulan April ini. Ia diberikan secara percuma dan orang ramai boleh mendapatkannya di sembilan (9) lokasi yang telah ditetapkan.

Tiada janji temu diperlukan, mereka yang berminat boleh terus mendaftar diri bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Beberapa dokumen diperlukan semasa membuat pendaftaran antaranya adalah kad pengenalan asli beserta salinan (passport jika bukan warganegara Malaysia), geran kereta atau salinan dokumen insurans, dan surat kuasa jika pemilik Touch n’ Go eWallet berlainan dengan pemilik kereta.

Lokasi pemasangan:

  • AEON Big, Bukit Rimau (parkir kereta, GF)
  • AEON Big, Kepong (pintu masuk parkir kereta, tingkat 1)
  • Berjaya Times Square, KL (pintu utama, berhadapan kedai U Mobile)
  • Empire Shopping Gallery, Subang Jaya (DTOX, Lot P2-01, Level B2)
  • Sunway Velocity Mall, Cheras (Level B1, Green Zone)
  • Tesco, Pusat Bandar Puchong (parkir kereta GF)
  • Tesco Extra, Cheras (berhadapan Cravings Cafe, GF)
  • Tesco, Setia Alam (berhadapan medan selera, GF)
  • Tesco Bukit Tinggi, Klang (parkir kereta bersebelahan medan selera)

RFID merupakan pelekat yang dipasang di lampu hadapan kereta yang digunakan untuk membayar tol secara elektronik. Imbasan akan dilakukan di palang tol dan pengguna boleh melihat segala transaksi RFID melalui aplikasi Touch n’ Go eWallet.

RFID dikatakan akan diperluaskan di seluruh semenanjung Malaysia secara berperingkat tetapi buat masa ini ia boleh digunakan di lebuhraya seperti:

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend