RFID Kini Boleh Dipasang Di Beberapa Lokasi Baharu Di Perak, P.Pinang, Dan Johor Comments Off on RFID Kini Boleh Dipasang Di Beberapa Lokasi Baharu Di Perak, P.Pinang, Dan Johor

Touch ‘n Go hari ini memperluaskan lokasi pusat pemasangan tag RFID di beberapa buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, dan Johor.

Beberapa lokasi dilihat hanya sementara dan selebihnya adalah lokasi tetap untuk pengguna membuat pemasangan tag pelekat pada bila-bila masa.

Berikut adalah senarai lokasi:

  • Perak
    • AEON Big Ipoh Falim (1 Mac – 31 Mac 2020)
    • Shell Jalan Sultan Idris Shah Ipoh (1 Mac – 31 Mac 2020)
    • Shell NTI Jalan Tasik (1 Mac – 31 Mac 2020)
  • Pulau Pinang
    • Best Tune Auto Workshop Taman Jawi Jaya
    • Bok Tyre and Battery Bayan Lepas
    • Shell Jelutong Expressway (1 Mac – 31 Mac 2020)
    • SS Tyre and Motorcraft Enterprise Jelutong
    • Shell Lebuhraya PLUS Juru NB (3 Mac – 31 Mac 2020)
  • Johor
    • AEON Big Kluang
    • Hawk Tyre Service (TyrePLUS Desa Tebrau)
    • Hawk Tyre Service (TyrePLUS Desa Tropika)
    • JJB Auto Service Centre Taman Sri Setia
    • Pit Stop Auto Care Bukit Indah 1
    • Shell Permas Jaya 2 (3 Mac – 31 Mac 2020)
    • Success Service and Maintenance Gelang Patah
    • Sutera Mall (1 Mac – 31 Mac 2020)
    • Tesco Bukit Indah (1 Mac – 31 Mac 2020)
    • Tesco Kulai (1 Mac – 31 Mac 2020)

Untuk senarai penuh, anda boleh semak di sini.

Sejak 15 Februari lalu, Touch ‘n Go telah mula menawarkan tag RFID kepada orang ramai dengan harga RM35. Cas ini termasuklah penggantian kali pertama pada kenderaan sama tanpa tamat tempoh sekiranya tag tersebut rosak mahupun dicuri.

Dari 15 Feb hingga 15 April 2020, pengguna baharu RFID berpeluang untuk memenangi kredit Touch nā€™ Go eWallet bernilai RM2500 melalui kempen yang dinamakan ā€˜Ultimate RFID Toll Passā€˜. Seramai 5 pemenang akan dipilih setiap minggu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend