Restoran Makanan Segera Bakal Menggunakan Kamera Di Lorong Pandu-Lalu Untuk Pesan Makanan Comments Off on Restoran Makanan Segera Bakal Menggunakan Kamera Di Lorong Pandu-Lalu Untuk Pesan Makanan 235

Memandu di lorong pandu-lalu di restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC, Burger Kings, dan sebagainya sudah menjadi kebiasan kepada semua orang kerana ia memudahkan serta menjimatkan masa.

Di Amerika Syarikat, kaedah memesan makanan di lorong pandu-lalu mungkin berubah tidak lama lagi apabila syarikat rantaian makanan segera di sana bakal menggunakan kamera pengecaman nombor plat. Kamera yang dipasang akan berfungsi untuk mengecam kenderaan pelanggan, memaparkan menu digital, dan meningkatkan kelancaran semasa memesan.

Teknologi seumpama ini pernah diperkenalkan oleh Starbucks di Korea pada tahun lalu yang mana memerlukan pelanggan mendaftar nombor kenderaan mereka. Teknologi yang dikenali sebagai LPR ini nampaknya akan diuji di restoran-restoran di A.S tidak lama lagi.

LPR akan mengenal pasti pelanggan dan membolehkan sistem menyemak semula sejarah pembelian termasuk pesanan yang telah dibuat serta jenis pembayaran yang dilakukan. Ini bermakna, pelanggan tidak perlu mengeluarkan wang atau mengimbas dompet digital mereka semasa membuat pembayaran. Ambil makanan terus bergerak pergi.

Ketika ini, penyedia rangkaian AT&T telah menerima beberapa permintaan daripada syarikat rantaian makanan segera tempatan yang ingin menggunakan teknologi ini memadangkan AT&T sudah memiliki rangkaian 5G.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend