Resolusi Skrin Untuk Huawei P30 Dan P30 Pro Berjaya Didedahkan Melalui Laman Rasmi Huawei Comments Off on Resolusi Skrin Untuk Huawei P30 Dan P30 Pro Berjaya Didedahkan Melalui Laman Rasmi Huawei 396

Bulan depan bakal memperlihatkan pengumuman rasmi model Huawei P30 dan P30 Pro, dan sejak tahun lepas lagi pelbagai ketirisan berhubung kedua-dua model ini sering diperkatakan di Internet. Bahkan sebagaimana yang kita sedia maklum, kedua-dua model dari siri Huawei P30 ini bakal menampilkan rekaan takuk yang mirip seperti model Huawei Mate 20 dan Mate 20 X.

Huawei P30 Pro

Melalui perkongsian terbaru yang didedahkan, Huawei P30 dan P30 Pro telah disahkan akan dioperasikan dengan Android 9.0 Pie dan berkemungkinan besar ia menyokong antaramuka EMUI 9.0.1. Tidak cukup dengan itu, melalui dokumen Profil Ejen Pengguna (User Agent Profiles) yang diperolehi daripada laman rasmi Huawei, kedua-dua varian ini akan hadir dengan skrin beresolusi FHD+.

Huawei P30

Dengan menggunakan nama kod VOG-L29 dan ELE-L29, kedua-dua model ini menyokong resolusi 2340 x 1080 piksel. Manakala untuk varian Huawei P30 Lite yang akan menggunakan nama kod MAR-LX1M pula dipercayai menyokong skrin beresolusi 2312 x 1080 piksel. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sama-sama kita nantikan ketirisan yang seterusnya nanti.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend