Remaja Perempuan Ditipu Hampir RM5800 Untuk iPhone 7 Plus Comments Off on Remaja Perempuan Ditipu Hampir RM5800 Untuk iPhone 7 Plus

Scammer atau penipu dalam talian semakin hari semakin berleluasa. Mereka berusaha untuk menipu pembeli dalam apa jua cara sekalipun. Terbaru, seorang remaja perempuan telah membuat laporan polis susulan dirinya didakwa ditipu dalam pembelian telefon pintar.

Memetik dari Bernama, pelajar tersebut tertarik dengan tawaran telefon pintar Apple iPhone 7 Plus yang murah di laman sosial, Facebook yang diiklankan pada 1 April lalu. Lanjutan daripada itu, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM780 seperti yang dijanjikan.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku selepas itu mangsa tidak menerima telefon pintar yang dijanjikan malah diminta untuk terus membayar secara berterusan sehingga jumlahnya mencecah RM5,780.

Mangsa yang tinggal di Jengka, Maran telah diberikan pelbagai alasan oleh penjual apabila ditanya dan sehingga semalam, telefon pintar itu masih belum diterima.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend