Remaja Perempuan Di India Terbunuh Angkara Nokia 5233 Comments Off on Remaja Perempuan Di India Terbunuh Angkara Nokia 5233

Bila sebut sahaja tentang Nokia 3310, perkara utama yang akan terlintas di fikiran adalah rekaannya yang sangat kuat dan tidak boleh dimusnahkan. Nampaknya satu lagi model keluaran Nokia bakal mencatatkan satu kisahnya yang tersendiri apabila telah menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di India baru-baru ini.

Nokia 5233 merupakan model keluaran awal tahun 2010 dan ia masih dijual secara online di India.

Kejadian berlaku apabila seorang remaja berusia 19 tahun dari daerah Kheriakani di India sedang berbual dengan saudaranya menggunakan telefon Nokia 5233 miliknya. Menurut laporan yang dikongsikan oleh Metro UK, remaja yang dikenali sebagai Uma Oram telah menjawab panggilan itu ketika ia sedang dicas dan telah menyebabkan letupan telah berlaku.

Akibat daripada insiden itu, Uma Oram telah mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badannya termasuklah tangan, kaki dan juga dada. Dia telah dikejarkan ke hospital tetapi pihak hospital tidak dapat menyelamatkannya selepas dia menghembuskan nafas yang terakhir di situ.

Nokia 5233 milik remaja perempuan di India yang meletup baru-baru ini. (Kredit gambar : Metro UK)

Bahkan HMD Global turut melahirkan rasa simpati di atas kejadian itu dan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya komited untuk menghasilkan telefon berkualiti tinggi agar dapat memenuhi jangkaan pengguna terhadap jenama itu. Tambahnya lagi, HMD Global baru mula menghasilkan telefon jenama Nokia selepas pengambilalihannya pada Disember 2016 yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend