Remaja Malaysia Ini Jadi Pembeli Pertama iPhone 11 Di Apple Store Singapura Comments Off on Remaja Malaysia Ini Jadi Pembeli Pertama iPhone 11 Di Apple Store Singapura 726

Hari ini merupakan hari pertama pintu Apple Store Singapura dibuka untuk pelanggan membeli iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, dan Apple Watch Series 5.

Sebagai negara yang pertama menawarkan iPhone 11 kepada orang ramai, Apple Store Singapura telah dikunjungi ratusan pengunjung dalam dan luar negara yang beratur sejak awal pagi untuk mendapatkan peranti terbaru ini.

Sudah tentu, untuk menjadi pembeli terawal anda perlulah tiba seawal mungkin untuk beratur di depan pintu kedai. Bagi yang sudah terbiasa dengan tradisi ini, mereka juga tidak kisah untuk bermalam di depan kedai untuk beberapa hari.

Menurut seorang pengguna Twitter yang berada di sana untuk membuat tinjauan hari ini, dia mendapati bahawa pembeli pertama untuk iPhone 11 di Singapura adalah seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dari Malaysia.

Dia juga memaklumkan remaja tersebut turut membeli iPhone 11 Pro dan jam tangan pintar, Apple Watch Series 5. Bagaimanapun, nama remaja tersebut tidak dinyatakan dan sejak bilakah dia mula menunggu di sana.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend