Rekaan Xiaomi Mi A2 Mula Kelihatan – Dilengkapi Skrin 5.99″ Dengan Bateri 2910 mAh Comments Off on Rekaan Xiaomi Mi A2 Mula Kelihatan – Dilengkapi Skrin 5.99″ Dengan Bateri 2910 mAh

Untuk pasaran di China, Xiaomi Mi A1 yang dioperasikan dengan platform Android One lebih dikenali sebagai Xiaomi Mi 5X dan kemunculannya telah diumumkan secara rasmi pada November 2017 yang lalu.

Melalui laman rasmi TENAA, Xiaomi nampaknya bakal hadir dengan generasi kedua untuk model itu melalui ketirisan sebuah peranti terbaru keluarannya iaitu dipercayai model Xiaomi Mi 6X. Sama seperti Xiaomi Mi 5X sebelum ini, model Mi 6X merupakan model yang akan hanya dijual untuk pasaran di China sahaja. Manakala untuk pasaran global, ia mungkin akan membawakan nama Mi A2.

Dengan menggunakan nama model M1804D2SE, Xiaomi Mi A2 tampil dengan saiz kerangka yang tidak jauh berbeza seperti generasi sebelum ini iaitu 158.88 x 75.54 x 7.3mm. Sungguhpun begitu, penggunaan paparan dengan nisbah 18:9 menjanjikan saiz skrin lebih besar berukuran 5.99 inci.

Walaupun rekaan panel belakangnya kelihatan hampir sama dengan Mi A1, Mi A2 menampilkan rekaan dwi kamera menegak dengan kedudukan LED flash ditempatkan antara kedua-dua lensa tersebut. Selain itu Mi A2 ini juga hadir dengan sokongan bateri berkapasiti sedikit lebih kecil iaitu 2910 mAh.

 

Buat masa ini tiada spesifikasi lain didedahkan, tetapi berkemungkinan besar Xiaomi akan memperkenalkan Mi 6X (China) atau Mi A2 (Global) ini pada September 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend