Rekaan Skrin HUAWEI P40 Dan P40 Pro Tertiris, Pilihan Warna Turut Didedahkan Comments Off on Rekaan Skrin HUAWEI P40 Dan P40 Pro Tertiris, Pilihan Warna Turut Didedahkan

Tinggal kurang seminggu sebelum siri HUAWEI P40 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global, pelbagai maklumat awal telah berjaya didedahkan kepada umum.

Baru-baru ini @evleaks yang terkenal dengan ketuirisan beritanya telah menndedahkan pula rekaan skrin untuk dua peranti terbaharu HUAWEI iaitu model P40 dan juga P40 Pro.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, kedua-dua peranti ini hadir dengan rekaan dwi lubang kamera depan yang ditempatkan pada bahagian atas kiri skrin. Sebagaimana siri P30 sebelum ini, P40 tampil dengan rekaan skrin rata dan P40 Pro pula memiliki rekaan skrin melengkung.

Selain rekaan skrin, beliau sebelum ini turut mendedahkan pilihan warna yang akan ditawarkan untuk model HUAWEI P40 dan juga HUAWEI P40 Pro.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend