Rekaan Sebenar vivo X21 UD Dikongsikan Melalui Klip Video Pendek Comments Off on Rekaan Sebenar vivo X21 UD Dikongsikan Melalui Klip Video Pendek

Kami sebelum ini pernah berkongsi dengan pembaca di luar sana bahawa vivo dikatakan akan mula melancarkan secara rasmi siri vivo X21 pada 19 Mac nanti. Berdasarkan pendedahan sebelum ini, siri vivo X21 ini akan diperkenalkan dalam beberapa varian berbeza dan ini termasuklah model ‘UD’ (Under Display) yang menampilkan sokongan inovasi teknologi pengimbas cap jari pada paparan skrin.

Walaupun tidak banyak maklumat berjaya didedahkan, baru-baru ini ada individu dari China dilihat telah berkongsi klip video yang berjaya mendedahkan rekaan sebenar vivo X21 UD. Melalui klip video berdurasi hanya 9 saat itu, jelas dapat dilihat kehadiran skrin dengan takuk pada bahagian atas peranti tersebut.

Rekaan panel belakang kaca yang melengkung.

Malahan bahagian belakangnya juga tampil dengan rekaan panel kaca melengkung. Sungguhpun begitu, individu tersebut tidak pula dilihat mencuba keupayaan menyah-kunci menggunakan sensor pengimbas cap jari yang terdapat dalam paparan skrin vivo X21 UD itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend