Rekaan Sebenar Honor 20 Pro Mula Tertiris Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Rekaan Sebenar Honor 20 Pro Mula Tertiris Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi

Belum sempat siri Honor 20 dilancarkan secara rasmi pada jam 11 malam ini (21 Mei 2019) di London, ada individu telah berjaya mendedahkan rekaan sebenar Honor 20 Pro melalui perkongsian di portal SlashLeaks.

Berdasarkan ketirisan imej tersebut, Honor 20 Pro dilihat menampilkan rekaan skrin mirip seperti Honor View20 iaitu tampil dengan lubang kamera di dalam skrin. Manakala bahagian belakangnya pula memperlihatkan sokongan empat kamera, dan menurut ketirisan sebelum ini ia menyokong sistem empat kamera 48MP (f/1.4, Sony IMX586) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 8MP (f/2.4, 3x zum optikal) + 2MP (f/2.4, Super Macro).

 

Honor 20 Pro juga dipercayai akan tersedia dengan sensor pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa yang terletak di sisi kanan kerangka. Selain itu Honor 20 Pro juga akan dikuasakan dengan cipset Kirin 980 sama seperti model Honor View20.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend