Rekaan Sebenar ASUS ROG Phone 2 Dengan Bateri Berkapasiti 5800 mAh Disahkan Oleh TENAA Comments Off on Rekaan Sebenar ASUS ROG Phone 2 Dengan Bateri Berkapasiti 5800 mAh Disahkan Oleh TENAA

Tinggal kurang seminggu lagi untuk ASUS melancarkan telefon pintar gaming generasi keduanya iaitu ROG Phone 2, dan setakat ini kita sudah ketahui ia akan dioperasikan dengan Snapdragon 855 Plus, 12GB RAM, dan juga hadir dengan panel skrin 120Hz.

Ternyata hari ini lebih banyak maklumat berhubung peranti yang sangat dinanti-nantikan itu telah berjaya didedahkan selepas ia berjaya melepasi TENAA di China. Menurut laman rasmi tersebut, ROG Phone 2 akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu ASUS_I001DA dan juga ASUS_I001DB.

Dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED berukuran 6.59 inci, ROG Phone 2 dengan kerangka yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya iaitu berukuran 170.99 x 77.6 x 9.78mm. Malah ia juga menyokong kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah sehingga 5800 mAh, berbanding hanya 4000 mAh sebelum ini.

Selain menampilkan sokongan bezel yang lebih nipis, ROG Phone 2 juga dilihat masih mengekalkan identiti rekaan ROG Phone asal, tetapi memiliki sentuhan berbeza pada ruang pengudaraan dan juga rekaan kameranya. Malah secara keseluruhannya ia menampilkan rekaan kerangka yang lebih memanjang.

melalui, sumber

Baca juga:

ASUS ROG Phone 2 Dengan Snapdragon 855 Plus Dan 12GB RAM Mula Diuji Pada Aplikasi Geekbench

Gambar Sebenar ASUS ROG Phone 2 Mengesahkan Rekaan Bezel Lebih Nipis Dengan Panel Skrin 120Hz

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend