Rekaan Samsung Galaxy A70e Tertiris, Hadir Dengan Spesifikasi Lebih Rendah Comments Off on Rekaan Samsung Galaxy A70e Tertiris, Hadir Dengan Spesifikasi Lebih Rendah

Berbeza dengan telefon pintar mercu keluaran Samsung seperti siri Galaxy S dan siri Galaxy Note, penawaran telefon pintar dari siri Galaxy A sememangnya agak mengelirukan kerana terdapat terlalu banyak penawaran model baharu di pasaran.

Melalui ketirisan terbaharu, Samsung dipercayai akan hadir dengan satu lagi model baharu iaitu Galaxy A70e yang dilihat tampil dengan sokongan spesifikasi yang jauh lebih rendah berbanding model Galaxy A70, Galaxy A70s dan juga Galaxy A71.

Samsung Galaxy A70e dikhabarkan menyokong paparan skrin lebih kecil iaitu 6.1 inci, yang memiliki rekaan takuk jenis Infinity-V. Berdasarkan imej pengolokan yang tertiris, ia jelas menyaksikan sokongan bezel yang agak tebal.

Malah Galaxy A70e juga turut menyingkirkan pengimbas cap jari dalam skrin, sebaliknya hadir dengan sensor pengimbas cap jari pada bahagian belakang panelnya.

Selain itu, Galaxy A70e juga masih lagi dilengkapi dengan sokongan port microUSB, bicu audio 3.5mm dan juga konfigurasi tiga kamera yang tidak diketahui resolusinya.

Buat masa ini maklumat lanjut berhubung spesifikasi, harga jualan dan juga tarikh pelancaran Galaxy A70e masih lagi didedahkan secara rasmi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend