Rekaan realme 6i Dengan Kuad Kamera 48MP, Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W Tertiris Comments Off on Rekaan realme 6i Dengan Kuad Kamera 48MP, Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W Tertiris

realme 5i baru sahaja diumumkan secara rasmi untuk pasaran global pada Disember 2019 yang lalu. Dalam diam kini realme bakal tampil dengan generasi baharu untuk model tersebut dengan kemunculan realme 6i yang mula tertiris di laman rasmi FCC.

Menggunakan nombor model RMX2040, laman rasmi itu telahpun mendedahkan rekaan sebenar realme 6i yang dilihat masih mengekalkan rekaan takuk kecil, pengimbas cap jari dan juga kuad kamera utama.

Hadir dengan sokongan bateri berkapasiti 5000mAh, realme 6i kini telah dilengkapi dengan port USB Type-C dan juga bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah kerangkanya.

realme 6i yang berukuran 164.4 x 75 x 9mm seberat 195g ini juga turut menyokong kuad kamera dengan lensa utama beresolusi 48MP. Selain itu, berdasarkan gambar palam kuasa yang dikongsikan, realme 6i akan turut menyokong teknologi pengecasan pantas 18W (9V2A).

Namun begitu, buat masa ini jenis cipset yang akan digunakan masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend