Rekaan Rasmi Dan Spesifikasi OnePlus 8 Pro Dalam Warna Hijau Kini Tertiris Comments Off on Rekaan Rasmi Dan Spesifikasi OnePlus 8 Pro Dalam Warna Hijau Kini Tertiris

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 15 April nanti, Pete Lau selaku CEO OnePlus sendiri telah mengesahkan bahawa kesemua siri OnePlus 8 akan dilengkapi dengan rangkaian 5G.

Terbaharu, sebuah rekaan rasmi OnePlus 8 Pro telah berjaya didedahkan oleh @OnLeaks melalui portal igeeksblog. Berbeza dengan imej OnePlus 8 Pro dalam warna kelabu yang tertiris sebelum ini, imej rasmi terbaharu ini hadir dalam warna baharu iaitu hijau.

Berdasarkan ketirisan spesifikasi yang telah dikongsikan oleh portal tersebut, OnePlus 8 Pro akan menyokong paparan skrin AMOLED berukuran 6.78 inci. Malah ia juga akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865 dengan sambungan rangkaian 5G.

OnePlus 8 Pro juga akan tersedia dengan kuad kamera beresolusi 48MP + 48MP (Ultra Wide) dan juga lensa 8MP serta 5MP yang mod penggambaran yang disokongnya. Manakala untuk kamera depan pula ia menyokong lensa beresolusi 16MP.

Dijangka hadir dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB, OnePlus 8 Pro dengan pengiktirafan IP68 ini juga akan tersedia dengan bateri berkapasiti 4510mAh dengan pengecasan pantas 30W untuk berwayar dan tanpa wayar, serta 3W pengecas berbalik (reverse charging).

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend