Rekaan Penuh, Spesifikasi Dan Harga Jualan Rasmi Huawei P20 Lite Mula Tersebar Sebelum Dilancarkan Comments Off on Rekaan Penuh, Spesifikasi Dan Harga Jualan Rasmi Huawei P20 Lite Mula Tersebar Sebelum Dilancarkan

Huawei dikatakan akan mula melancarkan siri P20 secara rasmi pada 27 Mac nanti dengan kemunculan tiga model iaitu P20, P20 Pro dan juga P20 Lite. Tetapi belumpun sempat model ini diumumkan kepada umum, ada sumber yang telah berjaya mendedahkan segalanya tentang Huawei P20 Lite di Internet.

Berdasarkan pendedahan berasaskan kepada gambar promosi rasmi itu, Huawei P20 Lite telah disahkan menyokong skrin hampir penuh dengan rekaan takuk pada bahagian atasnya, Malah ia juga turut menampilkan rekaan dwi kamera 16 Megapiksel + 2 Megapiksel tanpa sentuhan LEICA, sebagaimana yang disokong oleh model P20 dan P20 Pro.

Untuk penggambaran swafoto pula, ia menawarkan lensa beresolusi 16 Megapiksel. Selain itu, Huawei P20 Lite juga dikuasakan oleh pemproses HiSilicon Kirin 659, storan 64GB, memori RAM 4GB, dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo, dan juga sokongan bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Dengan saiz kerangka sebesar 148.6 x 71.2 x 7.4mm dan juga berat 145g, P20 Lite dilengkapi dengan sokongan paparan skrin FullView Display berukuran 5.8 inci FHD+ yang beresolusi 2160 x 1080 piksel.

Harga jualan rasmi Huawei P20 Lite untuk pasaran di Poland adalah PLN1,599 atau bersamaan dengan RM1,814 dengan tukaran mata wang asing pada 13 Mac 2018. Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu biru, hitam dan juga emas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend