Rekaan Penta Kamera 52MP Dan Panel Belakang Seramik Milik HUAWEI P40 Pro Premium Mula Tertiris Comments Off on Rekaan Penta Kamera 52MP Dan Panel Belakang Seramik Milik HUAWEI P40 Pro Premium Mula Tertiris

Jika semalam kami telah kongsikan rekaan imej pengolokan untuk model HUAWEI P40, hari ini peniris popular @evleaks di Twitter telah mula memuat naik gambar yang jelas memperlihatkan rekaan HUAWEI P40 Pro di dalam dua warna iaitu hitam dan juga putih.

Apa yang menarik perhatian tentang HUAWEI P40 Pro adalah rekaan penta kamera hasil sentuhan Leica yang jelas mendedahkan sokongan lensa periskop dengan keupayaan 10x zum optikal.

Dari segi rekaan kamera, HUAWEI P40 Pro dilihat masih mengekalkan gaya yang sama seperti model P40 iaitu memiliki permukaan kamera timbul dengan bentuk segi empat tepat.

HUAWEI P40 Pro juga sebelum ini dilaporkan akan dilengkapi lensa utama beresolusi 52MP dengan menggunakan sensor khas daripada Sony yang menawarkan teknologi ’16-dalam-1′ atau dikenali sebagai ‘Quad Quad Bayer’.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, HUAWEI P40 Pro akan menampilkan penggunaan panel belakang yang diperbuat daripada seramik yang lebih tahan lasak berbanding panel kaca biasa.

Selain itu, panel skrin HUAWEI P40 Pro juga dilihat masih mengekalkan identiti rekaannya yang memiliki permukaan melengkung pada sisi kiri dan juga kanannya. Manakala sokongan lubang dwi kamera pada skrin kekal sama seperti HUAWEI P40.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend