Rekaan OPPO F11 Pro Mula Tertiris Dalam Perkongsian Video Pendek Di Internet Comments Off on Rekaan OPPO F11 Pro Mula Tertiris Dalam Perkongsian Video Pendek Di Internet 591

OPPO sebelum ini telahpun berkongsi beberapa imej dan juga video acah model OPPO F11 Pro yang disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi. Bakal membawakan sokongan dwi kamera dengan resolusi 48MP, OPPO F11 Pro berupaya mengambil gambar potret di dalam persekitaran kurang cahaya dengan sangat terang melalui bantuan mod khas.

Jika sebelum ini kami telah berkongsi imej rekaan panel belakang OPPO F11 Pro, baru-baru ini ada pengguna di Vietnam yang berusia 14 tahun telah dilihat mula memuat naik video peranti berkenaan di Twitter. Walaupun video itu hanya berdurasi 4 saat, ia telah memperlihatkan rekaan panel skrin penuh tanpa kehadiran takuk atau lubang kamera.

Hadir dengan sokongan kamera depan jenis pop-up, video itu juga turut menyaksikan kemasan panel belakang kaca yang memiliki efek warna kecerunan yang sangat menarik. Warna panel belakang ini akan telah menggabungkan antara warna biru, ungu dan juga hitam apabila terkena pantulan cahaya.

Baca juga:

OPPO F11 Pro Bakal Dilancarkan Dengan Sokongan Kamera 48MP Dan Mod ‘Super Night’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend