Rekaan Imej CAD Nokia 5.1 Plus Memperlihatkan Skrin Bertakuk Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Rekaan Imej CAD Nokia 5.1 Plus Memperlihatkan Skrin Bertakuk Mula Tertiris Di Internet

Selepas HMD Global melancarkan model Nokia X6 secara rasmi untuk pasaran di China dengan menampilkan rekaan skrin bertakuk, kini tertiris pula rekaan imej CAD yang dipercayai milik Nokia 5.1 Plus yang juga dilihat hadir dengan rekaan skrin yang sama. Perkongsian imej CAD yang dihasilkan antara @onleaks dan TigerMobiles ini turut memperlihatkan video model tersebut.

Menurut sumber, Nokia 5.1 Plus yang juga merupakan model terbaru sama seperti model Nokia 2.1, Nokia 3.1 dan juga Nokia 5.1 ini memiliki dimensi berukuran lebih kurang 149.5 x 71.9 x 8mm dengan sokongan skrin sebesar 5.7 inci. Namun berbeza dengan Nokia X6, Nokia 5.1 Plus dilihat memiliki rekaan takuk yang lebih besar mirip seperti iPhone X untuk menempatkan kamera hadapan, earpiece dan juga sensor.

Bahagian bawah skrin pula tampil dengan rekaan bezel yang agak besar dengan kehadiran logo Nokia. Manakala panel belakangnya pula penampilan yang sama seperti Nokia X6 dengan sokongan dwi kamera, LED Flash dan juga sensor pengimbas cap jari secara menegak. Permukaan panel belakang Nokia 5.1 Plus ini diperbuat daripada kaca sepenuhnya.

Walaupun tiada sebarang pendedahan berkaitan spesifikasi yang akan disokong oleh Nokia 5.1 Plus, ia turut disahkan menyokong port USB Type-C, bicu 3.5mm audio jack dan juga dua lubang speaker berasingan pada bahagian bawah kerangkanya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend