Rekaan HUAWEI Y6s Dengan Kemasan Panel Belakang Mirip Seperti Google Pixel Kini Didedahkan Comments Off on Rekaan HUAWEI Y6s Dengan Kemasan Panel Belakang Mirip Seperti Google Pixel Kini Didedahkan 142

Baru-baru ini HUAWEI dijangka akan tampil dengan varian baharu untuk model daripada siri HUAWEI Y6 dengan menggunakan nama kod ‘Jakarta’. Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh portal¬†androidheadlines, peranti bajet terbaharu daripada HUAWEI ini dipercayai merupakan model HUAWEI Y6s.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, HUAWEI Y6s dilihat menampilkan rekaan panel depan dengan takuk kecil dan juga saiz bezel bawah yang agak tebal. Menariknya bahagian panel belakang peranti ini menerima kemasan berbeza mirip seperti kemasan belakang Google Pixel.

Setakat ini tiada maklumat lengkap didedahkan, tetapi ia dikatakan menyokong skrin HD+ berukuran 6.1 inci, 3GB RAM, ruang storan sebesar 32GB, dan juga slot kad microSD. Manakala keupayaan penggambarannya pula dikuasakan oleh satu lensa beresolusi 13MP.

Baca juga:

HUAWEI P30 Pro Dengan EMUI 10 Dalam Warna Misty Lavender Dan Mistic Blue Akan Dijual Bermula 20 September

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend