Rekaan Google Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Memperlihatkan Sokongan Takuk, Speaker Stereo Dan Dwi Kamera Hadapan?! Comments Off on Rekaan Google Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Memperlihatkan Sokongan Takuk, Speaker Stereo Dan Dwi Kamera Hadapan?!

Dijangka akan diumumkan secara rasmi pada bulan Oktober nanti, pemilik akaun Twitter iaitu @OnLeaks yang sememangnya terkenal dengan ketirisan berita yang boleh dipercayai ini telah mendedahkan saiz skrin yang akan disokong oleh Google Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL. Lebih menariknya, pemilik blog mysmartprice turut berkongsi rekaan kedua-dua model ini berasaskan rekaan CAD.

Menurut sumber yang diterima oleh @OnLeaks, Pixel 3 akan menyokong paparan berukuran 5.3 inci dengan rekaan skrin konvensional, manakala Pixel 3 XL yang hadir dengan paparan berukuran 6.2 inci pula dikatakan akan hadir dengan sokongan rekaan takuk yang kini menjadi trend kebanyakan pengeluar.

Berdasarkan gambar dan juga video yang dihasilkan oleh mysmartprice, Pixel 3 dan Pixel 3 XL masih mengekalkan identiti rekaan yang sama seperti model sebelum ini iaitu sokongan speaker stereo, dan juga satu lensa untuk kamera utamanya. Sebagaimana laporan yang didedahkan oleh Bloomberg, Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan turut menyokong dwi kamera hadapan.

Pixel 3 dipercayai tampil dengan kerangka berukuran 145.6 x 68.2 x 7.9mm, dan Pixel 3 XL pula menyokong kerangka berukuran 158 x 76.6 x 7.9mm. Walau bagaimanapun, rekaan dan juga sokongan spesifikasi kedua-dua model ini telah dibuat berasaskan daripada laporan dan juga khabar angin yang diterima sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend