Rekaan Fizikal Huawei P Smart 2019 Dengan Sokongan Kirin 710 Kini Didedahkan Comments Off on Rekaan Fizikal Huawei P Smart 2019 Dengan Sokongan Kirin 710 Kini Didedahkan

Sebelum ini lakaran rekaan dan juga spesifikasi Huawei P Smart 2019 telahpun berjaya diperolehi, dan hari ini WinFuture telah mendedahkan pula rekaan fizikal sebenar peranti itu kepada umum.

Dengan rekaan takuk mirip titisan air sama seperti model Honor 10 Lite (Honor 10 Youth Edition), Huawei P Smart 2019 yang menggunakan nama kod ‘Potter’ ini menyokong skrin 6.2 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel). Ia juga telah disahkan akan dikuasakan dengan Kirin 710 dan ditawarkan dalam dua varian pilihan memori iaitu 3GB + 32GB dan juga 3GB + 64GB.

Hadir dalam dua warna iaitu Midnight Black dan Aurora Blue, Huawei P Smart 2019 dioperasikan oleh EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie turut menyokong bateri berkapasiti 3400 mAh. Buat masa ini tiada banyak spesifikasi lain berjaya diperolehi dan ia dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Baca juga:

Spesifikasi Huawei P Smart 2019 Tertiris – Bakal Diperkenalkan Januari Depan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend