Rekaan Empat Peranti HUAWEI Mate 30 Mula Tertiris Beberapa Hari Sebelum Pelancaran Comments Off on Rekaan Empat Peranti HUAWEI Mate 30 Mula Tertiris Beberapa Hari Sebelum Pelancaran

Berbaki dua hari sebelum pelancaran rasmi siri HUAWEI Mate 30, kini mula tertiris rekaan peranti-peranti ini di arena web. Menurut peniris yang boleh dipercayai, @evleaks mendedahkan bahawa HUAWEI akan menampilkan empat telefon pintar baharu antaranya Mate 30, Mate 30 Pro, Mate 30 Porsche Design, dan sebuah lagi model pertengahan Mate 30 Lite (atau nova 5i Pro).

HUAWEI Mate 30 Pro

Pertama, HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro hadir dengan rekaan kamera berbentuk bulat di belakang yang menempatkan empat kamera diikuti LED flash yang berada jauh dari lensa.

HUAWEI Mate 30

Pada bahagian skrin, versi Pro nampaknya memiliki paparan lebih melengkung ke sisi manakala Mate 30 hanya dengan sedikit lengkung seperti generasi terdahulu. Tahun ini HUAWEI masih meletakkan takuk pada kedua-dua peranti ini dan berdasarkan imej, Mate 30 Pro tampil dengan takuk yang lebih lebar berbanding Mate 30. Dua kamera depan untuk Mate 30 manakala Mate 30 Pro menerima sensor tambahan ToF dan LED flash bersebelahan dengan sensor kamera.

HUAWEI Mate 30 Lite

Untuk model ringan pula, Mate 30 Lite masih mengekalkan rekaan lama menerusi kamera segi empat. Jika Mate 20 dahulu dengan tiga kamera, kini ia dengan empat kamera bersama LED flash yang disusun berasingan. Skrin peranti ini pula tiada takuk tetapi kamera depan telah ditebuk pada skrin. Oleh itu, tiada sensor lain dimuatkan di bahagian depan.

HUAWEI Mate 30 Porsche Design

Terakhir sekali, HUAWEI Mate 30 Porsche Design didatangkan dengan rekaan premium serba mewah menerusi panel belakang kulit. Ia turut disertakan panel kaca di bahagian tengah yang mana turut membenamkan kuad-kamera yang dipercayai menggunakan sensor yang sama seperti Mate 30 Pro. Skrinnya juga berkonsepkan ‘waterfall’ diikuti antaramuka bertemakan Porsche.

HUAWEI Mate 30 Porsche Design

Apa yang pasti, harga untuk Porsche Design jauh lebih mahal berbanding tiga peranti di bawahnya dan besar kemungkinan peranti ini menyokong 5G.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend