Rekaan Dan Spesifikasi Vivo G1 Kini Tertiris, Antaranya Sokong 5G Dan Skrin OLED Comments Off on Rekaan Dan Spesifikasi Vivo G1 Kini Tertiris, Antaranya Sokong 5G Dan Skrin OLED

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan depan di China, Digital Chat Station yang merupakan peniris terkenal di Weibo telah mendedahkan rekaan dan juga spesifikasi yang akan disokong oleh Vivo G1.

Dilengkapi dengan paparan skrin OLED FHD+ berukuran 6.44 inci, Vivo G1 dilihat menyokong rekaan takuk jenis titisan air bagi menempatkan kamera depan beresolusi 32MP. Manakala untuk kamera utama, ia tersedia dengan kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP Ultra Wide + 2MP Macro + 2MP Depth.

Vivo G1 yang akan dikuasakan dengan cipset Exynos 980 daripada Samsung ini juga akan hadir dengan rangkaian 5G, bateri berkapasiti 4500mAh dan juga teknologi pengecasan pantas 18W.

Menurut sumber itu lagi, Vivo G1 dijangka akan dijual pada harga sekitar CNY3,000 iaitu kira-kira RM1,835. Jadi bagi mendapatkan maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan kemunculannya pada bulan Mei nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend