Rekaan Dan Pakej Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition Didedahkan Melalui Iklan Rasmi Yang Tertiris Comments Off on Rekaan Dan Pakej Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition Didedahkan Melalui Iklan Rasmi Yang Tertiris

Seperti yang telah kita sedia maklum, Samsung Galaxy Z Flip adalah telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat generasi kedua yang telah diperkenalkan oleh Samsung.

Melalui perkongsian video pengiklanan rasmi yang tertiris di YouTube, Samsung nampaknya telah mula mendedahkan rekaan dan juga pakej pembelian yang akan diterima melalui model Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition.

Walaupun buat masa ini masih belum diketahui apakah perbezaan antara edisi biasa dengan edisi Thom Browne ini, Galaxy Z Flip edisi istimewa ini jelas menyaksikan sentuhan rekaan luaran yang lebih unik dalam warna silver dengan tiga jalur berwarna merah, putih dan biru.

Berdasarkan pakej pembelian Samsung Galaxy Z Flip Thom Browne Edition yang dikongsikan dalam video itu, peranti ini akan turut didatangkan dengan kombinasi jam tangan pintar, Galaxy Buds+ dan juga sarung pelindung yang masing-masing menerima sentuhan eksklusif Thom Browne.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend