Rekaan ASUS ZenFone Max Plus M2 dan ZenFone Max Shot Tertiris Comments Off on Rekaan ASUS ZenFone Max Plus M2 dan ZenFone Max Shot Tertiris 493

Sejak ASUS memperkenalkan siri ZenFone Max M1 dengan sokongan antaramuka Android asli bagi menggantikan antaramuka ZenUI, penerimaan terhadap model ini dilihat sangat positif. Bahkan ASUS juga dilihat telah menawarkan sokongan spesifikasi dengan sentuhan rekaan baharu untuk generasi keduanya melalui kemunculan ZenFone Max Pro M2.

Dalam diam-diam rupanya ASUS dikhabarkan akan menawarkan dua lagi model terbaharunya iaitu ZenFone Max Plus M2 dan juga ZenFone Max Shot. Perkara ini berjaya didedahkan oleh Slashleaks melalui perkongsian imej sebenar dan juga lakaran yang diperolehi daripada manual pengguna.

Berdasarkan imej manual pengguna, kedua-dua model ini dilihat menyokong paparan skrin dengan rekaan takuk mirip seperti model ZenFone Max Pro M2. Bahkan rekaan kamera pada ZenFone Max Plus M2 juga masih mengekalkan sokongan dwi kamera yang belum diketahui resolusinya. Manakala ZenFone Max Shot pula dilihat memiliki tiga kamera yang juga tidak diketahui resolusi yang disokong.

Pandangan bahagian atas kerangka
Pandangan bahagian bawah kerangka
Pandangan sisi kanan kerangka
Pandangan sisi kiri kerangka

Walaupun spesifikasinya masih belum didedahkan secara rasmi, kedua-dua model ini masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm, port microUSB, speaker mono, sensor pengimbas cap jari pada skrin dan juga kamera swafoto dengan kehadiran LED flash.

Sumber

Baca juga:

[Ulasan] ASUS ZenFone Max Pro M2 – Hadir Dalam Rekaan Baharu Dengan Prestasi Terbaik Dalam Kelasnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend