Reka Bentuk Siri Pertama Samsung Galaxy A6 Dan Galaxy A6+ Tertiris Comments Off on Reka Bentuk Siri Pertama Samsung Galaxy A6 Dan Galaxy A6+ Tertiris

Pada awal Mac yang lalu, Samsung dilihat telah memperluaskan penawaran siri Galaxy A apabila keputusan prestasi Geekbench dua peranti terbaru keluarannya iaitu model SM-A600FN dan juga SM-A605G. Melalui nombor awalan yang digunakan, ia jelas membuktikan bahawa ia merupakan siri terbaru Galaxy A6.

Samsung Galaxy A6 dilaporkan akan menyokong pemproses Exynos 7870 yang sebelum ini digunakan pada model Galaxy A3 (2017) dan juga beberapa model lain dari siri Galaxy J. Ia juga dipercayai akan dioperasikan dengan antaramuka Samsung Experience UI 9.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, serta dilengkapi dengan RAM berkapasiti 3GB. Berdasarkan kepada ketirisan gambar, Galaxy A6 akan menampilkan sokongan satu lensa kamera utama dengan sensor pengimbas cap jari yang terletak dibawahnya.

Samsung Galaxy A6

Manakala Samsung Galaxy A6+ pula akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 serta RAM sebesar 4GB. Bahkan keupayaan penggambarannya juga lebih menarik kerana menyokong dwi kamera dengan rekaan yang kelihatan mirip seperti Samsung Galaxy S9+.

Samsung Galaxy A6+

Walaupun tiada banyak spesifikasi yang berjaya diperolehi, Samsung Galaxy A6 dan Galaxy A6+ berkemungkinan besar menyokong paparan skrin dengan nisbah 18:9 kerana tiada lagi butang Home pada panel depannya. Menurut Sammobile, kedua-dua model ini akan hanya diperkenalkan untuk tiga pasaran sahaja iaitu Eropah, Rusia dan Timur Tengah.

Sumber: galaxyclub.nl

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend