Reka Bentuk HUAWEI P40 dan P40 Pro Muncul Dalam Imej Pengolokan Comments Off on Reka Bentuk HUAWEI P40 dan P40 Pro Muncul Dalam Imej Pengolokan

Richard Yu telah mengesahkan bahawa siri HUAWEI P40 akan dilancarkan pada bulan Mac tahun hadapan. Peranti tersebut bakal dioperasikan sistem antaramuka EMUI 10 berasaskan Android 10 namun tidak didatangkan dengan perkhimatan Google.

Terkini, reka bentuk HUAWEI P40 dan P40 Pro telah muncul di arena web mendedahkan bonjol kamera belakang petak segi empat. Berdasarkan imej ini, tiada butiran mengenai sensor yang digunakan dan berapakah lensa yang akan diletakkan.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Walaubagaimanapun konsep reka bentuk kamera ini adalah hampir sama dengan peranti yang telah dilancarkan baru-baru ini iaitu Samsung Galaxy A51 dan A71, Vivo V17. Tambahan, siri Samsung Galaxy S11 juga bakal mengguna pakai rekaan bonjol kamera sebegini rupa.

Buat masa ini, reka bentuk ini masih berada di peringkat awal dan kita bakal melihat pengolokan seterusnya sehingga ia dilancarkan kelak.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend