Redmi Y3 Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Snapdragon 625 dan 3GB RAM Comments Off on Redmi Y3 Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Snapdragon 625 dan 3GB RAM

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di India pada 24 April 2019, beberapa spesifikasi awal berhubung telefon pintar mampu milik iaitu model Redmi Y3 telah mula berjaya didedahkan.

Melalui perkongsian di pangkalan data aplikasi ujian penanda aras Geekbench, Redmi Y3 dilihat telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm MSM8953 yang merujuk kepada Snapdragon 625. Selain itu, peranti bajet ini juga tampil dengan sokongan RAM berkapasiti 3GB dan akan dioperasikan dengan Android 9.0 Pie.

Berdasarkan tweet rasmi berasingan daripada Redmi India, Redmi Y3 juga telah disahkan akan menyokong kamera swafoto beresolusi 32MP Super Selfie, dan ia juga turut menawarkan sokongan bateri berkapasiti 4000 mAh yang menjanjikan ketahanan bateri lebih baik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend