Redmi X Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Akan Dilancarkan Pada 15 Februari Comments Off on Redmi X Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Akan Dilancarkan Pada 15 Februari

‘Redmi X’ pernah dikaitkan dengan Redmi Note 7, kini nama itu akan direalisasikan melalui pelancaran peranti terbaharu pada 15 Februari depan.

Poster acah telah dikeluarkan dan mula tersebar di arena web memperlihatkan nama Redmi X itu sendiri dengan petunjuk yang mana akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin. Ia bukanlah ciri yang baharu tetapi kita boleh menjangka peranti ini akan dijual pada harga yang lebih berpatutan berbanding peranti dengan ciri sebegini di pasaran.

Redmi X mungkin dilengkapi perkakasan lebih berkuasa berbanding Redmi Note 7 dengan kehadiran cipset Qualcomm Snapdragon 710 dan kamera belakang 48MP (menggunakan sensor Sony berbanding Samsung).

Tiada info lain yang diperolehi setakat ini, jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada pihak Redmi.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend