Redmi Umum Kerjasama Dengan Marvel Bersempena Tayangan Filem Avengers: Endgame Comments Off on Redmi Umum Kerjasama Dengan Marvel Bersempena Tayangan Filem Avengers: Endgame

Melalui perkongsian di Weibo, Redmi selaku sub-jenama Xiaomi telah mendedahkan bahawa mereka telah menjalinkan kerjasama dengan Marvel bersempena tayangan filem Avengers: Endgame. Jalinan kerjasama yang dibentuk ini telah menjadikan Redmi sebagai telefon pintar eksklusif untuk filem tersebut.

Sungguhpun begitu pihak Redmi tidak pula mendedahkan dengan lebih lanjut berhubung perkara tersebut, jadi ada kemungkinan mereka akan hadir dengan telefon pintar edisi terhad, tema (themes) eksklusif, ataupun hadir dengan penawaran aksesori telefon pintar yang istimewa.

Tetapi tidak mustahil juga jika peranti Redmi akan digunakan sebagai telefon pintar rasmi dalam filem dalam filem Avengers: Endgame, sebagaimana yang peranti Alcatel yang sebelum ini telah digunakan di dalam filem Iron Man 3.

Baca juga:

Redmi Akan Menjadi Yang Pertama Menghasilkan Teknologi ‘Super Charge Turbo 100W’ Secara Besar-Besaran

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend