Redmi Smart TV MAX 98″, TV Gergasi Yang Dijual Pada Harga Bajet Comments Off on Redmi Smart TV MAX 98″, TV Gergasi Yang Dijual Pada Harga Bajet

Anak syarikat kepada Xiaomi, Redmi telah memperkenalkan TV pintar buat pertama kalinya pada tahun lalu menerusi model Redmi TV 70″. Di China ia dijual pada harga kurang daripada RM2 ribu dengan ciri-ciri seperti sokongan 4K, HDR, Dolby Atmos, dan DTS HD.

Terkini, Redmi telah melancarkan TV terbaru mereka dengan ukuran skrin yang lebih besar. Redmi Smart TV MAX 98″ tampil dengan paparan LCD 98-inci beresolusi 4K dengan kadar segar semula 60Hz yang meliputi 85% ruang warna NTSC.

TV gergasi yang dijana enjin pengimejan generasi ke-9 ini turut didatangkan dengan 20 teknologi peningkatan-imej untuk menghasilkan visual tontonan yang realistik. Memori 4GB RAM dan 64GB storan (eMMC) yang menyokong perisian PatchWall pula mampu menjadian ia sebuah TV Android yang lancar sepanjang masa. Melaluinya, pengguna juga boleh mengawal peralatan elektronik Xiaomi yang lain terus dari TV sekaligus melengkapkan ekosistem di dalam rumah.

Daripada segi audio, TV ini dibekalkan empat pembesar suara besar berteknologi Dolby dan DTS, malah TV ini juga menyertakan beberapa port yang boleh menghubungkan tiga port HDMI (satu dengan ARC), dan satu output S/PDIF supaya pengguna dapat menyambung sistem audio luaran.

Sebut pasal harga, Redmi Smart TV MAX 98″ boleh dikelaskan sebagai TV pintar gergasi dengan harga bajet. Xiaomi menjualnya CNY19,999 (~RM12,116) di China yang mana dilihat harganya jauh lebih murah berbanding TV seangkatan dengannya. Sebagai contoh, TV Samsung dengan saiz 75″ dijual pada harga RM29,999 di Malaysia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend