Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition Berharga RM949 Akan Dijual Secara Eksklusif Di Shopee Comments Off on Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition Berharga RM949 Akan Dijual Secara Eksklusif Di Shopee

Bersempena meraikan sambutan ulang tahun ke-10 Xiaomi yang sebelum ini telah ditubuhkan pada 6 April 2010, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kemunculan Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition.

Dijual secara eksklusif di Shopee semasa promosi MFF 2020 yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 April 2020, Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition ini akan ditawarkan dalam varian 6GB + 128GB pada harga RM949.

Didatangkan dalam warna kelabu edisi terhad, model istimewa ini akan turut menyokong cetakan logo Mi Fan Festival 2020, pembelian Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition akan turut menerima Xiaomi Mi Band 4 berharga RM149 secara percuma di Shopee.

Namun begitu, Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition ini hanya ditawarkan sebanyak 2020 unit sahaja di seluruh dunia.

  • Beli Redmi Note 9S MFF 2020 Limited Edition (6GB + 128GB) di Shopee

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend