Redmi Note 9 Dan Note 9 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Daripada RM649 Comments Off on Redmi Note 9 Dan Note 9 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Daripada RM649

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan siri telefon pintar terbaru, Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro secara rasmi. Beberapa hari yang lalu kedua-dua model ini telah diperkenalkan di peringkat global dan kini ia mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Redmi Note 9 Pro didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Tropical green, Glacier White, dan Interstellar Grey. Manakala Redmi Note 9 pula terdiri daripada Forest Green, Polar White, dan Midnight Grey.

Baca juga: Xiaomi Mi Note 10 Lite Turut Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1599

Redmi Note 9 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci, kuadkamera belakang 64MP, cipset Snapdragon 720G, bateri 5020mAh dengan sokongan pengecasan 30W (50% hanya dalam masa 30 minit), dan didatangkan dengan pengecas 33W terus dari kotak. Ia dijual pada harga RM1099 (6GB+128GB). Anda boleh pra-tempah di Lazada atau wakil penjual sah seluruh negara mulai 11 hingga 17 Mei 2020 untuk mendapatkan Redmi Powerbank 10000mAh secara percuma.

Redmi Note 9

Redmi Note 9 tiba dengan kuadkamera belakang 48MP, skrin 6.53-inci, cipset Helio G86, dan bateri berkapasiti 5020mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM649 (3GB+64GB) dan RM749 (4GB+128GB). Anda boleh mendapatkan varian asas pada harga RM599 di Shopee pada 18 Mei 2020 menerusi jualan kilat bermula jam 12 tengah malam, sementara varian yang tinggi pula dibuka untuk pra-tempah dari 11 hingga 17 Mei 2020 di semua wakil penjual sah. Hadiah percuma Redmi Powerbank 10000mAh menanti pelanggan.

Baca spesifikasi peranti:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend