Redmi Note 8T Turut Dilancarkan Dengan Snapdragon 665, Kuad Kamera 48MP, NFC Dan QC 3.0 Comments Off on Redmi Note 8T Turut Dilancarkan Dengan Snapdragon 665, Kuad Kamera 48MP, NFC Dan QC 3.0 129

Serentak dengan pelancaran Mi Note 10, Xiaomi turut mengumumkan kehadiran satu lagi varian baharu untuk siri Redmi Note 8 dengan pelancaran Redmi Note 8T. Secara keseluruhannya, Redmi Note 8T ini sebenarnya masih lagi mengekalkan sokongan spesifikasi dan rekaan yang sama seperti Redmi Note 8, cuma yang membezakannya hanyalah pada sokongan NFC sahaja.

Redmi Note 8T masih mengekalkan skrin IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+, dikuasakan dengan cipset Snapdragon 665, dioperasikan oleh MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, RAM sehingga 4GB dan juga storan sehingga 128GB. Ia juga dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang boleh dicas pantas menggunakan teknologi pengecasan 18W.

Keupayaan penggambaran utamanya pula tersedia dengan kuad kamera beresolusi 48MP (Samsung GM1) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor) + 2MP (Macro). Manakala kamera depan beresolusi 13MP pada peranti ini pula ditempatkan pada takuk kecil pada paparan skrinnya.

Redmi Note 8T ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Starscape Blue, Moonlight White dan Moonshadow Grey, ia akan dijual pada harga EUR179 (~RM820) untuk 3GB + 32GB, EUR199 (~RM910) untuk 4GB + 64GB, dan EUR249 (~RM1,140) untuk 4GB + 128GB.

Baca juga:

Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Penta Kamera 108MP

Redmi Note 8 Dan Redmi 8 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM599 Hingga RM1199

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend