Redmi Note 8 Pro Varian Snapdragon 730G Dengan Pengecasan Pantas 27W Bakal Diperkenalkan Comments Off on Redmi Note 8 Pro Varian Snapdragon 730G Dengan Pengecasan Pantas 27W Bakal Diperkenalkan 392

Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Redmi Note 8 Pro bersama-sama dengan model Redmi Note 8 untuk pasaran tempatan pada awal Oktober 2019 yang lalu. Tidak dinafikan sokongan cipset MediaTek Helio G90T pada Redmi Note 8 Pro merupakan yang paling berkuasa untuk segmen kelas pertengahan, sungguhpun masih ada yang skeptikal dengan keupayaan cipset tersebut.

Kini harapan untuk melihat Redmi Note 8 Pro dengan sokongan cipset Qualcomm bakal menjadi kenyataan selepas terdapat individu yang terkenal dengan ketepatan berita tertirisnya telah mengesahkan berita tersebut. Ini kerana laman sesawang yang mengawal produk elektronik di China sudahpun mendedahkan kemunculan varian Redmi Note 8 Pro dengan nombor model M1912G7BE.

Selain disahkan menyokong cipset Snapdragon 730G, Redmi Note 8 Pro ini juga dipercayai akan turut menyokong teknologi pengecasan pantas 27W. Manakala spesifikasi lain dikatakan akan dikekalkan sama seperti varian Helio G90T yang diperkenalkan sebelum ini.

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 8 Pro – Dilengkapi Cipset Berkuasa, Bateri Besar Dan Penyejukan LiquidCool

Redmi Note 8 Dan Redmi 8 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM599 Hingga RM1199

Redmi Note 8 / 8 Pro Dilancarkan, Pro Jadi Telefon Pertama Dengan Kamera 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend