
Redmi Note 8 Pro dilaporkan akan menerima kemas kini Android 10 pada bila-bila masa sahaja memandangkan keputusan skor penanda aras peranti tersebut telah mula tersebar.
Dengan kemunculan data skor Redmi Note 8 Pro melalui GeekBench, naik taraf Android seterusnya dijangka akan diterima pengguna menjelang hujung bulan ini.
Redmi Note 8 Pro tersedia dengan sistem operasi MIUI 10 terus dari kotak dan MIUI 11 berasaskan Android Pie pula boleh didapati melalui kemas kini pada peranti.
Buat masa ini, tiada tarikh khusus perisian terbaru ini akan dilepaskan, malah pihak Redmi juga masih belum mendedahkan senarai peranti khasnya siri Note 8 yang akan menerima Android 10.
Baca juga:
[Ulasan] Redmi Note 8 Pro – Dilengkapi Cipset Berkuasa, Bateri Besar Dan Penyejukan LiquidCool