Redmi Note 8 Pro Dengan Cipset Helio G90T Berjaya Catat Skor Lebih 280,000 Di AnTuTu Comments Off on Redmi Note 8 Pro Dengan Cipset Helio G90T Berjaya Catat Skor Lebih 280,000 Di AnTuTu 313

Semalam baru sahaja pihak MediaTek telah mendedahkan yang siri Redmi Note 8 akan dikuasakan dengan cipset Helio G90T. Menariknya hari ini, Lu Weibing selaku Pengurus Besar Redmi pula dilihat telah memuat naik gambar skor AnTuTu yang diperolehi oleh Redmi Note 8 Pro.

Dengan mencatatkan skor sebanyak 283,333 poin dalam ujian penanda aras AnTuTu, Redmi Note 8 Pro telah dilaporkan sebagai telefon pintar pertama di dunia yang akan dikuasakan dengan cipset gaming daripada MediaTek. Namun jika dilihat pada prestasi yang diperolehi, Helio G90T sedikit lebih rendah berbanding prestasi Kirin 810 (301,419 poin), tetapi lebih baik berbanding Snapdragon 710 (214,739 poin).

Tidak dinafikan Helio G90T bukanlah cipset kelas pertengahan yang paling berkuasa boleh anda miliki di pasaran, tetapi prestasi yang diperolehinya adalah sangat tinggi bagi sebuah cipset dengan teknologi proses 12nm. Malah ia jauh lebih berkuasa berbanding cipset dengan teknologi proses 10nm.

Baca juga:

Tarikh Pelancaran Rasmi Model Redmi Note 8 Dan Redmi Note 8 Pro Dengan Kamera 64MP Telah Diumumkan

Redmi Note 8 Dan Note 8 Pro Akan Dikuasakan Dengan Cipset MediaTek Helio G90T

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend