Redmi Note 8 Dan Redmi 8 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM599 Hingga RM1199 Comments Off on Redmi Note 8 Dan Redmi 8 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM599 Hingga RM1199 409

Seperti yang dinantikan, hari ini Xiaomi Malaysia telahpun melancarkan Redmi Note 8 dan Note 8 Pro untuk pasaran tempatan, sekaligus menjadikan model Redmi Note 8 Pro sebagai peranti pertama dengan kamera 64MP.

Redmi Note 8 menampilkan sokongan cipset Snapdragon 665 lapan teras berasaskan pemproses 11nm, yang didatangkan dengan RAM sehingga 4GB dan juga storan sehingga 128GB. Generasi kali ini turut menerima konfigurasi empat kamera belakang menggabungkan sensor 48MP (Samsung ISOCELL) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth sensor). Manakala kamera depannya pula menempatkan sensor 13MP pada rekaan takuk kecil.

Menggunakan paparan 6.3 inci LCD FHD+, Redmi Note 8 tersedia dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakang. Melengkapkan peranti ini, ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 4000mAh melalui sambungan USB Type-C dengan sokongan pengecasan 18W. Ia dikeluarkan dengan pilihan warna Hitam, Putih, dan Biru.

Beralih kepada Redmi Note 8 Pro pula, telefon pintar ini didatangkan dengan paparan 6.53 inci juga di atas skrin LCD beresolusi FHD+. Pemproses yang digunakan pula adalah MediaTek Helio G90T yang direka khusus untuk permainan mudah alih. Menguatkan kuasa dalaman, memori sebesar 6GB RAM disertakan bersama storan seluas 64/128GB. Bersama-samanya juga adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 18W – sama seperti model asas.

Bercakap tentang kamera, Note 8 Pro hadir dengan deretan empat kamera, satu daripadanya 64MP ISOCELL Bright GW1 terbaru + 8MP ultra-lebar + 2MP lensa makro + 2MP kedalaman – tiga sensor yang sama seperti Note 8. Bagaimanapun, kamera depan memiliki sensor sedikit besar iaitu 20MP.

Note 8 Pro dibina dengan sistem penyejukan ‘liquid cooling chamber’ dengan fungsi sambungan 4G dan WiFi serentak untuk pengalaman permainan yang lebih imersif. Warna-warna yang ditawarkan adalah Hitam, Hijau, dan Putih.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan berada di pasaran bermula seawal 12 October 2019 dan akan ditawarkan dalam beberapa varian dengan harga seperti berikut:

Harga Redmi Note 8:

  • 3GB + 32GB – RM599
  • 4GB + 64GB – RM799
  • 4GB + 128GB – RM899

Pra-tempah Redmi Note 8 dalam varian 4GB + 64GB sudahpun boleh dibuat bermula hari ini (8 Oktober 2019) hingga 11 Oktober 2019 secara eksklusif di Lazada, Shopee dan juga Mi Store yang sah. Setiap pra-tempah akan turut menerima Mi True Wireless Earbuds Basic (RM99).

Harga Redmi Note 8 Pro:

  • 6GB + 64GB – RM1099
  • 6GB + 128GB – RM1199

Pra-tempah Redmi Note 8 Pro dalam varian 6GB + 128GB sudahpun boleh dibuat bermula hari ini (8 Oktober 2019) hingga 11 Oktober 2019 secara eksklusif di Lazada, Shopee dan juga Mi Store yang sah. Setiap pra-tempah akan turut menerima Black Shark Gaming Controller Left (RM169).


Manakala pembelian awal Redmi Note 8 Pro varian 6GB + 64GB pada 8 Oktober hingga 11 Oktober 2019 di Shopee dan Lazada akan ditawarkan pada harga hanya RM999.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend